Thursday 10 January 2013

~New Year's Celebration

Waaahhh, dah cukup lebih seminggu kita di tahun baru ya! Macam tak percaya begitu cepatnya masa berlalu.. Aku rasa macam baru je hari tu aku celebrate new year, tup2 da seminngu lepas. Haiiihhh.. Btw masih belum terlambat rasanya nak tanya, korang celebrate new year kat mana? Cewaa, mcm FBI la pula nak tanya2 orang, busy body pun da jg. Hahaha..

Aku dulu2 celebrate new year, just cuci muka & berdoa je dengan family. Biasanya kalau tak dapat berkumpul dengan family, dengan mama pun cukup la. More than enough orang putih cakap! Betapa simplenya hidup aku dulu2 zaman kanak2, remaja hinggalah jd dewasa as a bachelor. Lagipun aku bukan jenis merayau tak tentu pasal. Keluar dengan kawan2 tu biasa ja tp tak la berlebih2. Ada had la katakan. Namun beberapa tahun sebelum aku kahwin amalan celebrate new year ni da ditambah dengan aktiviti baru iaitu main bunga api, makan bersama dengan jiran2 and paling penting da nyanyi2. Waa, i like! Lepas aku kahwin ni, baru lah aku celebrate new year bersama2 husband, kawan2 kat kelab. Sungguh happening and i enjoyed it! New year's eve 2013 tu aku celebrate kat OverTime Sunway Pyramid. Ramai gila orang kat situ. Nasib la kitaorg da booking meja awal2, so dapat la kami menikmati suasana dengan tenang! Laughing, dancing, taking picture n makan minum adalah aktiviti kami sepanjang mlm tersebut. Aku bantai chicken wings mlm tu, berapa byk aku makan aku pun tak pasti.. Tapi yang pastinya band yang nyanyi2 mlm tu aku tak peduli sgt, yg penting aku menikmati chicken wing tu dgn penuh khusyuk. Macam x pernah makan la pula. Haha.. Akibatnya pic aku mlm tu ditemani dengan chicken wing kat jari, lepas tu tak ready2..burok tul u'olls!

haaa, korang tengok apa aku dok pegang tu? 

mak aiii, gelapnya! kamera x on flash kot...

aku yang tak habis2 dengan chicken wing...huhu

tempat yang happening tp x sesuai untuk budak2 under age! hihi

Malam tu aku rasa jadi budak2 balik dengan tiup2 wisel, permainan budak2... Haha. Macam berlumba2 pula dengan yang lain, sapa bunyi wisel paling kuat! Aku tgk yang lain mcm tersembul urat kat leher tu. Macam2 karenah mlm tuu, muka suma happy2. Aku adalah diantaranya sebab masih diberi peluang untuk menikmati tahun baru. Pejam celik da masuk 3dekad aku hidup kat dunia ni, aku bersyukur sgt2! Harap2 korang juga da pengalaman manis during new year's eve 2013. Kalau xda pun, syukur la sebab masih diberi kesempatan untuk melangkah ke tahun baru. God bless us! 

    

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.