Monday 4 February 2013

Miri-Marudi-Bario (Part 1)

Waa, da lama benar aku tak update blog ni. Tinggi sedepa da lalangnya. Biasala awal2 tahun ni, semangat kerja tuu nun meninggi. So nak buka blog pun tak lalu. Asyik dengan kerja je. Untung bos aku, hoho! Bulan lepas boleh kira story yang aku post. Rasanya tak cecah 10 kot. Betapa tingginya tahap kerajinan aku bulan lepas. Kali ni, aku nak share story 1st holiday aku tahun ni di mana we choose tempat yang dekat2 jer. This time we both decided nak menjelajah Miri & Bario, Sarawak. Ramai teman2 bercerita yang Bario best, so kitaorg pun ingin merasa juga. So we went there untuk merasai pengalaman tersebut. 

1st day
Sampai Miri around 1200noon something on 24th Januari 2013. Oleh kerana kita orang tiada saudara even kenalan di Miri maka kami mengambil taxi untuk hantar kitaorang ke hotel yang memang dah ditempah awal2. Oleh sebab xde agenda untuk hari tu, kitaorang just berjalan2 sambil cuci mata. Lepas tu sibuk mencari restaurant yang ada menu mee kolok. Di KL aku da terbayang2 mee kolok yang macam mee tuaran tu. Mee kolok kat KL ni nama je mee kolok tapi mee nya mcm mee biasa je. Thats y la aku dok sibuk mencari mee kolok yang ori. Nak sangat merasa la katakan. Alangkah frustnya aku bila mee kolok terhidang depan mata. Sebiji macam mee kolok kat kl jg. Tapi sebab lapar licin juga plate aku time tu. Husband kat sebelah senyum2 je tengok aku melahap. Yelah mulut bising mengomplen tapi habis juga.. Alahai..

Habis lunch je, kitaorang rush ke souvenir shop. Bajet esok takde masa da nak shopping sebab schedule for tmrw is Bario. Makanya sepend time almost 2hours there. Aku la paling busy. Mama, adik, kakak, anak buah..suma la family members aku belikan ole2. Untung la korang ada aku dlm family. Petang tu macam air je duit kami keluar, bertukar tangan! Hukhuk, sandi btl. Siap semua rush pula ke shopping mall berdekatan. Cuci2 mata je, da xde hati nak shopping. Lagipun aku bukan la jenis kaki shopping. Untung laki aku! Haha
Malamnya dinner kat MingCafe, x smpai 5 minit berjalan dari hotel kitaorang. Aku kalau boleh nak spend time lama2 kat situ sbb suasana happening. Tapi memandangkan perjalanan esok, paksa diri juga balik ke hotel. Tapi sampai ke pagi aku just tidur2 ayam je. Bukan sahaja disebabkan suhu bilik yang membeku (adjust da beribu kali, technican pun da gave up) tetapi juga suara2 sumbang yang dok berkaraoke di pusat hiburan berhampiran. Almaklumla, bilik kitaorang 2nd floor je so suara2 tu memang kedengaran kuat sgt2. Da la sumbang, berterabur pula tu. Pekak aku kejap! Rupanya bukan aku sorang je yang tersiksa tapi husband aku sekali. Pagi2 buta tu aku jadi complaint department husband aku jap. Lenguh juga urat saraf ku mendengar keluhan sang suami! Selesai hari pertama holiday aku kali ni..

*will be continue.. layan jap photo2 ni.   

muka2 yang tak sabar untuk meng*order*

 Ming Cafe popular di Miri

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.