Thursday 10 January 2013

~ Boss oh Boss

Apa korang rasa kalau di tempat keja bos kita jenis yang suka mengarah sesuka ati tp in d same time dia buat derk jerr? Dengan kata lain suma keja dia dok pass kat kita, pastu dia dengan senang lenang boleh on facebook, mudah.com n macam2 lagi la.. Pendek kata, dia dok sibuk tgk sale kat internet. Bukan alang2 u olls.. sumanya pasal hp pintar, tab, basikal, motor dll... kain baju, kasut tak main aaa. Aku blm caught him lg tgk benda2 kain baju bagai ni. Dia x minat kot sebabnya dia lelaki.. Aku da berbulu telinga bila dia dok busy menyuruh itu ini, keja yang kadang2 xde kena mengena dengan kita. Aku ni ok je kalau keja tu mmang da kaitan dengan kita tp kalau keja yang memang tugas dia mestila kita pn x suka kan? Kalau ada yang kata tak kisah tuu, kompom kaki kipas! Aku memang kisah tp aku tak pernah bercakap TIDAK n selalunya akan buat keja tu sampai siap. Dasar lurus bendul.. hahaha. Aku tak bercakap pasal perasan aku ttng ni tp aku kesian tgk kawan sekerja aku tu. Serabut dia aku tgk, under pressure! 

Okey, kita faham juga yang dia tu bos (blm tahap bos besar yaaa) tp harus ingat walaupun kita taraf bilis je kat ofis tak semestinya kita kena buat semua. Itu kita, ini kita..last2 otak boleh sewel, putus wayar! Bukannya kita tak ada tugas hakiki. Ada tp mentaliti orang (not all) jwtn kita ni kena buat semua apa yang dia suruh. Da berhempas pulas, bila time pemarkahan LNPT..duiii, kesian! Markah cukup2 makan.. Hahaha, aku nak gelak kuat2! Teman sebelah makan hati pasal markah2 ni. Keja keras siapkan suma benda yang disuruh dalam setahun, kadang2 keja hakiki terabai tp kena bagi markah mcm tak ikhlas je! Aku cakap kat dia..sabar! Saja nak sedapkan hati dia dan semestinya untuk diri aku sendiri. 

Aku pernah jumpa bos yg lebih teruk tp biasanya aku take it easy. Biarkan ja! Aku selagi boleh buat keja, aku akan buat! Puas hati tak puas hati, aku tolak tepi! Aku tak nak pendam, kang jd sewel pla! Dulu2 ada kwn tu cakap aku ni diam2 ubi berisi.. tak byk ckp tp diam2 aku bergerak sendiri. Hahaha, satu motivasi utk diri sendiri! So jalan penyelesaiannya ialah think positive. Apa2 ja keja bos suruh, just do it! Selagi mampu buat je. Memang stress dapat bos mcm ni tp pandai2 la kita manage stress tu. Aku buat byk benda dalam satu masa (study, keja, addtional job, assignment, family..) tp setakat ni aku manage to handle suma. Aku tak kata aku ni perfect tp time management & job planning tu yg kena perfect. Aku pula sgt alert dengan timing ni.. Time management tu salah satu sebab yg menentukan kejayaan seseorang tu. Kawan tu selalu tanya napa aku sentiasa nmpak relax biarpun byk keja? Mudah je..tak payah tunjuk satu dunia yg ko tgh stress. Urus masa tu bgs2 pasti keja blh berjln lancar. 

Btw, kalau dapat bos perangai mcm ni just ignore je. Memang susa sbb penerimaan org tak semuanya sama tp kalau btl2 tak puas hati, ckp direct je! Tapi kalu dpt bos jenis pendendam markah lnpt abis la..
Takpe, kita pelan2 buat keja mna tau ada rezeki bergelar bos nnti. Amboi tinggi nun angan2 aku ni.. haha

Happy working :)

Jgn jd mcm ni sudah laa.. hahaha


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.