Sunday 9 December 2012

~Traffic Jam

Hmmm, da lama tak update blog ni. Kata busy sangat tak juga cuma akhir2 ni penyakit M rajin menyerang aku. Jadi aku MALAS memanjang je sejak akhir-akhir ni. Cuma in a few days back aku da start recover balik. Hikhik. So first thing first aku buat ialah update blog ni. Okay kita start potong lalang yeaaa..

Aku nak cerita pasal traffic jam kat Malaysia ni. Dulu-dulu traffic jam ni takde la worst macam sekarang. Highway dulu pun takde juga seGAH macam sekarang tapi tiada pula stuck sampai berjam-jam. Sekarang ni highway merata-rata, banyak laluan alternatif tapi traffic jam tahap kronik. Korang jangan pula pening2 yaa. Dulu2 orang kita tak mampu beli kereta, sekarang hampir semua family members ada sebiji kereta. Waa, kelas engkau! Sebab semakin ramai yang afford beli kereta so ini lah realitinya. Semakin banyak la kereta menjalar atas jalan raya. Federal Highway dekat2 rumah aku tuu, tak pernah takde kereta! 

Ok leave it.. aku tak pernah cerita pasal jem ni coz tak pernah kena. Kalau moving jam tuu normal la. Takde la stuck sangat, masih boleh gerak2 and finally sampai rumah juga ontime. Time tak lari sangat. Hari Jumaat lepas aku stuck kat Hicom USJ tu. Dah lah hujan lebat, traffic light doesn't work pula. Lps tu kereta langsung tak gerak. Mo dekat 2jam aku terperuk dalam kereta. Worst thing is sebab lama sangat terstuck ada 2 biji kereta sampai habis minyak. Sebuah di laluan paling kanan, sebuah lagi middle line.. Tambah la serabut jalan tu. Pak polisi kepeningan da nak handle laluan paling busy ni. Dah la sorang2..apa boleh buat SYMP la katakan. Rakyat didahulukan so kena la berkorban. Hikhikhik...

Finally selepas 2jam terstuck disamping menahan rasa nak ke toilet, terlepas juga kitaorang. Lucky ada Caltex depan situ bolehla menyingga kejap. Fuhh, lega! Btw thanks God for Your protection on that day. 



Bunga aku pula yang terOVER kat sini. hahaha

Hubby da tension tahap gaban, aku pula boleh main capture2 lagi! Dasarrrr.. Haha 


2 comments:

  1. haha... lpasni kalu nak balik keja, kna g toilet dulu, tak la kna tahan2 bila jem kan...hihihi

    ReplyDelete
  2. haha..lain kali aku bawa plastik pula. biar aku melepas drpd tahan2 mcm tu kan? hahaha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.