Tuesday 18 December 2012

~Lagi pasal Jellyfish

  Aku da search kat internet pasal obor2 ni. Aku copy paste je sebab malas nak retype. Hikhik...dasar! Jumm, check it out!


Obor-obor melakukan sengatan berbisa melalui sesungut yang mengandungi ratusan pundi-pundi bisa, dipanggil 'nematosit'. Chironex fleckeri, dikenal pasti sebagai paling berbisa, berupaya menyebabkan kematian dalam masa 15 minit manakala sengatan spesis Physalia pula biasanya akan menyebabkan mangsa mengalami kejutan dan mengakibatkan kematian sekiranya mangsa lemas.


Masa serangan obor-obor:


1. Sengatan yang paling kerap adalah semasa obor-obor terapung di permukaan air ketika mangsa memasuki atau berenang di dalam air.
2. Serpihan sesungut yang terpisah dari badan obor-obor akibat dari laut bergelora seperti semasa ribut. Sesungut ini walaupun telah terpisah dari badan berupaya mengeluarkan bisa apabila serpihan sesungut bersentuhan dengan manusia.
3. Serpihan sesungut yang terdampar di persisiran pantai juga berupaya membebaskan bisa apabila dipijak.
4. Sengatan obot-obor lebih kerap terjadi apabila bilangannya di dalam laut bertambah.


Rawatan

Antaranya termasuklah sodium bikarbonat (serbuk penaik yang digunakan untuk kek), asik borik, alkohol, larutan cucian amonia dan jus limau nipis.

Bahan-bahan ini dapat bertindak menukarkan tahap, keasidan (pH) di bahagian tubuh yang tersengat dan meredakan rasa kesakitan.

credit to: http://pancingngail.blogspot.com

P/S~Tapi kata aku, kalau benda2 kat atas tu takda 'sediakan cuka' or bersedia untuk lepaskan 'kencing' sebagai rawatan seawal2nya. So kalau aku nak mandi air laut or just jalan2 kat beach aku nak bawa siap2 cuka or either aku jln2 sambil minum 'beer tiger'. Yang penting 'sediakan payung sebelum hujan'... Huhuhu

Most dangerous Jellyfish

Tukar toilet tu ke tempat yg disengat..hihi


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.