Wednesday 20 March 2013

Kisah Online Game

Tadi masa aku dgn officemate ke pantry ambil air, kitaorg tercerita la pasal game kat fb. Aku mmg tau yg dia skrg dok busy dgn Candy Crush game ni (aku fikir nak bersifu dgn dia nanti). Dalam fb tak terkira da kwn2 invite nak main game ni. Bukan sekali invite, ari2 aku dapat notification psl game ni. Satu pun aku tak endah! Bukannya menyombong tapi takut tak terkawal pula nanti..
Almaklumlah aku da sejarah kelabu jg pasal game ni. Kalau korang pemain tegar game2 kat fb, mesti tau game farmville ni. Aku rasa aku la pemain paling tegar masa main game ni. Semata2 nak cepat upgrade aku sanggup sacrifice jam tidur aku. Bayangkanla, let say aku menuai jam 9 or 10mlm. Lepas tuai, boleh pula aku menanam terus. Tanaman yg perlu dituai dlm masa 3jam pula. Aku sanggup set alarm jam 1 or 2pagi semata2 nak menuai, gila kau! Dalam fikiran aku nanti tanaman aku kering. Dahlah kering xde mark pula, membazir! Semangat nun ke langit aku masa tu. Sok pi kerja, rasa mengantuk je! Nasib la keja tak banyak, blh la terlelap kejap! Taubat aku. Bos aku pula raja main poker. Dia selalu bawa aku main, siap tunjuk cara nak main tapi aku pandang sebelah mata je. Tak nak, aku nak farmville je. Bos aku siap panggil aku 'om' (pak cik2 indon yg keja tanam sayur di Kundasang) tapi aku buat derk je.. Tak luak pun!
Satu lagi perangai tak senonoh aku time main game ni, aku tak blh tgk kwn2 aku dpt grade lbh tinggi dr aku. Berbulu mata aku tgk, pantang btl! Tercabar mak cik kiah ni. Apalagi bersemangat la aku menanam, lps tu menuai 3jam later, sambung menanam and so on. Bila grade aku tinggi dari kwn2, puas hati sgt! Hahaha..Dan begitu la rutin mlm hidup aku masa tu. Busy aku kalah2 PM! Lain pula ceritanya di office. Time breakfast or lunch, game ni jd topik utama kami. Aku siap bagi tau kwn2 'bagila aku kuda or kambing biri2. Nanti aku balas. Apa ko nak?' Kalau sehari tak jumpa, siap sms bagai. Wassup blm wujud lg masa tu so sms je la jd org tgh kami. Harap email seminggu baru buka, payah! Haaa, mcm real je aku bercucuk tanam. Bila aku cerita kat mama, dia suruh pula aku bercucuk tanam betul2. Tanah da tersedia tinggal nak start je. Lps dengar feedback mama, terus aku stop cerita. Aku tak boleh bayangkan diri ini jadi petani yg real
@-@
Selepas aku transfer tempat keja, secara perlahan2 aku jd lupa ttng game ni. Ditambah dgn kesibukan dan lifestyle aku sekarang, game ni aku tinggalkan 100%. Takpe masih banyak lagi benda yg boleh menghiburkan. Terpulang kpd kita je. Walaubagaimanapun, Farmville adalah game yg paling best aku main setakat ni.  
Kepada peminat Candy Crush 'Selamat Berhibur'.. =.=


1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.