Exam KPSL tidak lama lagi, lebih kurang 2 bulan dari sekarang kot. Maka dengan itu, berduyun2 la kawan2 nak pinjam buku2 berkaitan kat library. Disebabkan kawan aku kerja kat library tu, aku kadang2 jadi orang tengah menyampaikan pesanan. Kalau aku kena bagi upah kompom duit gaji bulanan aku tak luak! Tapi dalam tempoh sebulan je la.. Tapi disebabkan aku ni baik hati (korang diam, aku sekarang ni dalam mood masuk bakul angkat sendiri) maka aku halalkan je segala sms, call dan tak lupa juga air liur yang terbazir semasa menyampaikan amanat kawan2. Hehe..
Okay, kawan2. Seperti yg kita sedia maklum, exam ni open book so kalau takde buku berkaitan memang rugi sgt2 la! Kalau tak study pun at least boleh menjawab. Ada rujukan bantai je jawab, janji jawab. Lulus tak lulus belakang cerita. Kalau takde buku nak jawab mcm mana? Exam ni jawapan kena ikut fakta. Even kalau tanya pasal pendapat pun kena ada rujukan fakta. Jawapan ikut suka hati tu yang memungkinkan kita kandas. Ataupun terlalu bergantung kepada buku sampai langsung menjawab 100% ikut buku tanpa menggunakan ayat sendiri. Aku ni memandai je tapi korang kena take note apa yang aku cakap ni sebab apa yang aku cakap ni berlandaskan experience sendiri dan kawan2 di sekeliling. Aku bukan nak bangga diri tapi aku ambil sekali, aku 'PASS' ketiga2 paper ni. Dan aku bukannya orang lama tapi baru 3 tahun service. Syukur la kan..
Ada kawan2 tanya tips menjawab macam mana aku pakai. Aku berkongsi cara aku menjawab. Kawan2 tu nak ikut or tak ikut, terpulang. Belum tentu cara aku menjawab dia boleh ikut atau serasi dengan cara tersebut. Masing-masing punya cara tersendiri.
Btw, next entry aku akan berkongsi tips menjawab exam KPSL. Tips ni versi aku sendiri. Tips yang aku pakai semasa menjawab exam ni. Tips yang menyebabkan aku pass semua paper.
That's all for now..tunggu tips dari aku! hehe..
hai..
ReplyDeleteboleh tak share kt sy..soalan & tips jawapan 1995-2012 ke email jumaat_2kali@yahoo.com
congratz.... hopefully sy pun lulus pas hahhah
ReplyDeletehai..sis
ReplyDeleteboleh tak share kertas soalan & tip jawapan 2012 - 2013..
ini email saya ahas_nine@yahoo.com
tq