Sunday 30 September 2012

~ Teladan daripada Cerita Katak

Alkisah sebuah cerita...

Satu hari sekumpulan katak mengadakan competition untuk katak-katak yang berani, tidak mudah putus asa, bersemangat dan tidak mudah menyerah kalah. Para peserta dikehendaki untuk menaiki satu Menara yang tinggi hingga ke puncaknya. Maka berduyun2 la katak2 untuk mencuba nasib. 

Penonton berkumpul di sekeliling Menara tersebut untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta. Memang tidak diyakini akan ada katak yang boleh menawan Menara tinggi tersebut. Kedengaran suara ' terlalu sukar! tiada yang akan berjaya menawannya'!

Pertandingan pun dimulai...

Maka mula katak2 memanjat Menara tersebut. Benar seperti apa yang diperkatakan oleh penonton. Pertandingan ini amatlah mencabar. Maka satu persatu katak jatuh ke bawah. Masing2 tidak mampu meneruskan cabaran tersebut. Penonton terus menerus berteriak 'terlalu sukar. Tidak akan berjaya!'. Lagi banyak katak jatuh dan menyerah kalah. Tinggal seekor katak lagi terus menerus melompat sedikit demi sedikit. Ia sedikit pun tidak mempedulikan teriakan katak2 lain di bawah yang menyuruh ia menyerah kalah seperti para peserta yang lain. Tetapi sang katak ini seakan2 tidak peduli malah semakin tinggi ia melompat. Hingga akhirnya ia berjaya menawan Menara tinggi tersebut. Ternganga la sang katak sekalian seolah2 tidak percaya...

Maka segala penonton tidak sabar untuk mengetahui  apakah rahsianya hingga berjaya ke tahap itu? Seekor katak yang bisa menawan Menara tinggi. Alangkah terkejutnya segala isi alam apabila mengetahui Sang Juara adalah sebenarnya seekor katak yang pekak. Dia berjaya kerana ia tidak bisa mendengar perkataan2 negatif ataupun cemuhan yang dilemparkan kepadanya!

The moral of d story is Kalau kita hendak berjaya kita kena pekakkan telinga daripada mendengar dan melayani perkara2 negatif yang boleh melemahkan semangat kita untuk terus maju! Sememangnya wujud kelompok manusia yang tidak suka orang lain lebih maju dari dia sendiri dan mereka2 ini sentiasa mengambil peluang untuk menjatuhkan kita! Usah melayani cemuhan negatif yang dilemparkan ke atas kita, usaha atau tindakan kita. Fokus dan berusaha la untuk merealisasikan impian kita! Yakin dan percaya pada diri serta jangan lupa untuk BERUSAHA. Ingat, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa ada USAHA yang gigih! 

* cerita ini telah diceritakan oleh Pensyarah OUM ketika aku menghadiri Bengkel bagi new students di OUM PJ baru2 ini dan telah diolah olehku mengikut pemahaman sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.