Monday 10 September 2012

~ Ulser Mulut


Ai langsung takda semangat hari ni. Kerja, makan, minum even bercakap pun takda mood. Nie bukan saja2 memalaskan diri tapi ai diserang ULSER MULUT. Bukan 1 tapi 3. Lepas tuu ai checked just now, timbul 1 lagi. So total 4 laa.. Sakit sangat2! Kalau perut ai tak lapar, ai tak sudi nak menghadap makanan. No appetite okay!

Apa sebenarnya ulser mulut ni? Ai selalu kena tapi tak seteruk ni so takla ambil peduli sangat. By d way jom kita google manatang ni yaaa..

Ulser Mulut adalah luka di dalam kawasan lembut mulut kita. Ulser ni nampak seperti tompokan warna putih. Ulser mulut boleh terjadi berulang kali, ia mungkin dalam satu tompok atau berkumpulan, 2-5 tompok (hmm macam yg ai alami sekarang...). Ulser akan sembuh tanpa meninggalkan parut dan kerap berlaku di bahagian pipi dan adakalanya di bahagian lidah dan gusi.

Simptom

Tompokan warna putih dan terasa sakit bila bersentuhan dengan makanan dan boleh berlarutan hingga 7-14 hari (mak aii..lamanya!) Ulser mulut menyebabkan kita hilang selera makan dan minum kerana sakit mulut. Kadangkala kita terasa malas untuk bertutur ( ai menguap pn sakit..hmm, more worst)

Penyebab
  • Jakitan bakteria, virus or fungus
  • Disebabkan oleh kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik.
  • Kekurangan Zat Besi, Asid Folik dan Vitamin B12.
  • Sistem imuniti badan yang lemah
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimioterapi
Kaedah Menangani
  • Pemeriksaan gigi berkala
  • Gigi yang bersih
  • Amalkan pemakanan yang sihat
  • Elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan pedas
Petua Merawat
  • Gunakan pencuci antiseptik mulut (Listerine, Plak)
  • Sapu ubat ulser mulut seperti gel atau krim (Bonjela - boleh beli kat Guardian)
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan pedas
  • Banyakkan minum AIR (penting!!)

Kindly reminder, ulser mulut ni tak kenal umur ya! So, lebih baik mencegah daripada mengubati kan? Kalau jarang berkumur dengan pencuci antiseptik mulut, rajin2 kan la diri tu. Ai rajin tapi kali ni mayb sistem imuniti badan ai kurang sikit. Sebab tu ai kena. Hehe

~To get rich, never risk your health. For it is the truth that health is the wealth of wealth~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.