Thursday, 13 February 2014

Pembuka bicara

Diam tak diam, da masuk pertengahan bulan Feb rupanya. Cepat bebenar masa ni berlalu yerkk. Aku tak sempat pun menulis entri untuk bulan Jan, tup tup dah penghujung bulan Feb. Alamatnya semakin cepat la umur aku ni meningkat. Naik, naik, naik..sangat pantas tapi turunya tak pernah! Dan mustahil utk berlaku. Huahahaha. 
Coming back to here, kekangan masa adalah penyebab sebenar aku nie tak sempat nak meng'update blog ni. Bagi sesetangah orang, awal tahun masih relax lagi tapi aku masuk2 office jer....zaaaassssssssss, keja bertimbun menunggu! Partition aku yg sedia sempit tu makin sempit rasanya. Ikutkan hati hari nie jugak aku nak submit permohonan pencen. Tak sabar nak pencen oii! Hahaha, tak sedar diri betul aku ni. Keja baru setahun dua tp lagak macam nak mengalahkan makcik2 yang dah nak sampai umur pencen. Dorang nie lagi la liat nak pencen. Semangat nak keja! Patutnya aku kena belajar dari dorang nie macam mana nak bersabar. Tp kadang2 ada juga di kalangan mereka ni, kalu ikut pekeliling (pekeliling la sangat..hahaha) patut boleh pencen atas kesihatan tak mengizinkan. Buat kerja pun dah takde produktiviti disebabkan masalah tersebut. Malah keja pulak banyak yang dicover oleh staff lain yg lebih muda. Bukan kah itu da menyusahkan sebenarnya dalam erti kata lain? Tak per la mak cik. Takan nak tunggu jugak umur 60thn baru nak pencen tp in the same time buat keja memang tak larat? Duit pencen kan kompom masuk tiap bulan. Anak2 muda yg still menganggur di luar sana boleh la apply jawatan tu. 
Haaaaaa, start da aku membebel. Hahaha. Takper nie pembuka kata jer since da lama sangat aku tak jenguk blog ni. 
Harap2 lepas ni aku mampu merajinkan diri untuk meng'update blog ni. Slowy2. 
See yaaaa....

Thursday, 2 January 2014

Corat coret December 2013

Hi, lama sungguh tak update! Busy memanjang lately. Dengan examnya, balik kgnya, celebrate Christmas & New Year, family day, kemas rumah itu-ini...memang tak menang tangan! Nak menggaru pun tak sempat! Nak meraung pun ada tp tak jadi sebab excited nak celebrate Christmas. Ni yang aku tunggu2 selama ni! Cuti panjang akhir tahun and duduk kat kampung @ Sabah. Korang busy tutup account, kira stok inventori bagai, ada aku kesah? Huahaha
Aku kalau da tahap busy macam ni memang langsung tak ingat blog la. Aku peduli apa da yang penting aku nak lari dari KL cepat2. Nak release tension katanya. Kami laki bini macam lipas kudung prepared apa yg patut. Takut tinggal barang. Kang dalam perut kapal baru teringat, takan nak u-turn pla? Lain la kalau naik private jet. Haaa, ko mampu ada private jet? Mat jenin... Hahaha
Anyway, Christmas party kali ni memang cukup meriah! Disebabkan kampung aku 100% celebrate maka kemeriahan memang cukup terasa! Dah menjadi satu kebiasaan di kg, Christmas akan dirayakan sehingga ke New Year eve. So, memang memanjang la kemeriahannya! Rasa macam tak nak balik jer. Hehe. 2 hari selepas Christmas Day, tiba pula hari keluarga belah bapa. Seluruh adik beradik, keturunan masing2, suku sakat, saudara jauh dekat datang sampai aku pun melopong! Dari Sipitang, Kuala Penyu, KK, Telipok, KB dll datang. Gila ramai saudara aku ni. Ada yang langsung aku tak kenal. Liat menegur padahal uncle sendiri. Hahaha. Nasib baik la penganjur yang terdiri daripada cousin2 aku (aku terkecuali disebabkan aku duduk jauh) ada brilliant idea. Setiap keluarga (7 adik beradik) diwajibkan memakai baju mengikut warna yang telah ditetapkan. Family aku dapat purple. Nasib baik dapat purple, kalau dapat kuning aku mogok seminggu tak nak makan! Or nak sadis lagi aku nak terjun, terjun dari pokok lada! Lihat betapa alergiknya aku dengan warna KUNING! Nasib baik tak dapat........!!
Maka melalui warna tersebut la aku kenal mereka2 ni. Oooo dia dari keturunan si anu..si anu.. Macam tu la kiranya! Sempat jugak aku mengusik mama aku. No wonder la dia kawin sama bapa, bapa handsome rupanya semasa masih muda! Mama senyum2 jaaa, bangga kali! Apa tidak terpampang muka mendiang bapa di banner yang di pasang! Hahaha. Suka juga aku announced di sini, malam tu aku menyanyi kaw2! Semangat nak menyanyi bila semua orang nak menari. Lepas tu ikut2 lagi menyanyi, suruh continue nyanyi lagi walaupun lagu da habis! Kembang aku jap! Tapi cukup la 1 lagu kang keluar suara katak, nanti kena blame pulak klu hujan turun. Hahaha
Setelah selesai semua, tiba la masa nak bertolak ke KL. Alahai malasnya aku! Liat sangat nak bangun. If possible nak jer aku duduk kg terus. Tapi memikirkan banyak komitmen yang perlu di jalankan kena gagahkan diri jugak. Takpa tahun depan kita muli kampung lagi! Yes yes yes....

P/s: Kerja tp masih dalam holiday mood. Spoilnya mood nak keja! Hahaha. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.