Tuesday 6 August 2013

Apabila aku cerewet...

Travelling? Aku memang suka sangat2 pasal benda ni. Aku travel ke mana2 pun memang aku suka. Kalau husband bawa ke luar negara or even dalam negeri pun aku tak kisah. Tapi aku jarang travel jauh2 kalau dengan kawan2. Sebabnya aku nie cerewet sikit pasal makanan. Kalau aku tak pernah dengar pasal sesuatu makanan tu, aku memang tak akan sentuh! Aku bukannya jenis yang suka mencuba sesuatu makanan. Kalaulah program TV3 jalan2 cari makan hire aku sebagai host memang confirm jatuh merudum la ratingnya. Aku masih ingat first time aku report duty kat KL, hampir setiap hari aku mencari makanan yang hampir serupa dengan makanan yang aku makan kat Sabah. Ya ampun, sakainya aku time tu! Everyday without fail kalau aku makan kat restoran memang jenuh pelayan tu nak jawap soalan aku. Kawan2 pun just geleng kepala jer. Nasib baik korang sabar, kalau tak memang putus kawan! Haha..
Sebab tu kalau nak travel jauh2, aku lebih senang pergi dengan husband. Dia jer la yg memahami selera aku other than my family. Aku nie seafood tak pandang, daging2 selain ayam memang aku kureng sikit. Tauhu tu je yg aku baru belajar makan. Taugeh sayur yg paling aku tak suka sekali & makanan berkuah. Hahaha. Tahap kritikal selera aku ni! Kalau aku makan, aku make sure makanan aku kering jer baru selera masuk. Hihi. Dan aku nie peminat tegar nasi. Diet2 sekali pun aku tetap ambil nasi. Hancurrr! Tapi da namanya makanan ruji so i accepted the fact that i am a truly Malaysian ba. Aku masih ingat time kitaorg travel kat Netherlands, awal2 lg husband da pesan di sana kena kawal makan nasi. Yelaaa, aku faham makanan nasi kat sana mahal so aku angguk2 je la. Faham la sangat ye. Dalam kapal, 3x makan semua aku pilih makanan yang ada nasi tak kisah nasi lemak ke, ayam masak merah ke...aku balun jer, yelah 7hari kau tak makan nasi nanti. Ye ye, da balun makanan ruji tu aku dengan confident bagi tau husband yang aku tak akan makan nasi selama di sana. Nak ikut makan bread, sandwich or cheese jer. Mana tau tiba2 bertambah tinggi...ehh??
Sampai di sana, semua janji2 terang bulan jer. Cuaca sejuk bawah paras -ve sapa boleh bertahan lapar dengan makan bread, cheese, sandwich saja? Tekak aku nak nasi jer..lepas tu sentiasa rasa lapar! Dah telan2 banyak makanan pun perut masih berjoget2 riuh minta diisi! Nak jer aku pung pang pung pang kat dapur Aunty Marissa. Nak masak apa yang ada tp setakat khayalan di perantauan jer, baik aku duduk diam bawah selimut. Last2 husband bawa p chinese restaurant di China Town. Aku memang da agak da, memang mahal tp takpe janji aku kenyang. Hahaha. 3x juga aku makan nasi kat sana. Nasib baik husband tak komen banyak pasal aku yg cakap tak serupa bikin ni. Nasib kau la dapat bini macam aku. Hahaha.   
Rumah nie la yang kitaorang stay selama 3hari  di sana. Hari lain stay hotel.

Bersama dengan Auntie Marissa owner of the house. Stunning lady!
Pesan tuan rumah, buat seperti rumah sendiri. Maka aku pun berbuat demikian. Hahaha.
Actually, aku tak kisah pun nak travel ke mana2 dengan kawan2 janji ada sikap give & take. Toleransi orang bilang. Secerewet2 aku pun aku tak lah sampai menyusahkan orang. Belum ada kes lagi kot rasanya. Hahaha..

P/s: Office sunyi sepi. Semua orang da balik kg. Tinggal kitaorang lagi yang diberi tanggungjawab untuk menjaga office. Haha.. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua! 




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.