Wednesday 21 August 2013

Nak kurus berpada-pada la..

Semua orang lelebih perempuan mempunyai keinginan untuk memiliki badan yang slim melim. Da pulak yang siap setkan berapa ukuran bahagian badan yang perlu dicapai agar bentuk badan tu umpama gitar or yang sewaktu dengannya. Yelah, nak tambah keyakinan diri katanya. Biar sentiasa nampak vogue & stylish. Orang sekeliling pula asyik memuji. Waa kelas la macam tu, lubang hidung asyik mengembang, menguncupnya tak. Yelahhh asyik dipuji badan macam supermodel. Agak2 supermodel yang mempunyai bentuk badan yang superb tu, bagaimana dorang maintain kan badan macam tu? Anak da 3 pun masih boleh menang Mrs Universe? Kalau bandingkan diri aku ni, uuuu jauh ketinggalan. Dah la macam pokok rendang jer..ehh?
Tips nak kurus berlambak kat internet. Pilih la mana satu yang korang rasakan sesuai dengan keupayaan diri korang. Jangan pula korang pilih workout 7kali seminggu dalam kadar 2jam sehari. Silap2 kang badan terus jadi sekeping. Nak salahkan sapa, pemilik idea tu jg yang disalahkan. Hahaha. Aku bukan la tergolong dalam golongan yang mempunyai body ala model tapi cukup la aku dalam golongan sedang2, tak gemuk dan tak juga kurus. Orang kata berat badan yang sesuai dengan ketinggian. The most important is healthy. Bukan setakat dalaman jer tapi juga luaran. Jangan nampak tua dari usia! Hahaha. Haaa, teringat aku dulu2 di ofis lama officemate aku introduce herbalife. Sebelum tu dorang buat la ujian kesihatan badan. Yang pernah buat mesti tau punya. Excited la jugak masa tu, tak sabar nak tunggu turn! Adalah 2,3 kawan aku menjerit2 selepas test tu. Sempat la juga aku menanya, sakit ker? Sakai tak sakai aku time tu. Rupanya dorang menjerit pasal terkejut, yelah umur baru 23 tapi mempunyai dalaman umur 45! Kalau aku pun confirm ambil cuti seminggu & buat workout, makan nasi sebutir dua jer. Baru nak plan2 tetiba 'giliran adik pula'. Memula takut juga kang dalaman aku umur 60, eiiii malu! Waaaa, dalaman aku baru 23 laa padahal umur da 28 masa tu. Muda 5 tahun tu, ewaah kembang aku kejap!
Semalam aku terbaca satu senario. Semata2 nak kurus seorang perempuan sanggup menelan cacing pita! Haa, aku tak sure la tahap mana minda perempuan tu sampai sanggup mengambil tindakan sebegitu. Kalau normal takan sanggup telan cacing kan? OMG cacing.. Konon tak perlu nak bersusah payah nak workout. Biarkan cacing buat kerja dalam badan! Eiii, seram aku! Ni belum termasuk kes2 yang telan pil kurus yang overdose. Perlu ke buat sampai macam tu? Takde pun akta a.k.a peraturan yang mewajibkan semua orang harus kurus. Apa2 pun dari kita saja baitu!
So, kepada semua yang mengidam bentuk badan macam Aishwarya Rai tu berpada2 la. Tak perlu la menyeksa diri sangat. Kalau kata nak tambahkan keyakinan mantap kan diri dengan ilmu, belajarlah berkomunikasi dengan lebih baik dan pakai pakaian yang selesa untuk cetuskan aura positif. Disamping tu jangan lupa jaga kesihatan! Jangan rosakkan diri dengan ubat2an, kekadang ada penyakit yang tak perlukan ubat. Yang diperlukan adalah minda yang sihat sahaja :)
Have a good day everyone!
*Kurus atau gemuk bukanlah ukuran dalam kejayaan hidup, yang penting adalah sihat! 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.