Wednesday, 26 February 2014

Hyde Park & Big Bus London

 Masa ni cuaca agak sejuk berbanding hari2 sebelum tu. So aku cakap kat husband aku nak berjalan jugak ari nie tapi kalau boleh tak nak pakai kaki. Terlopong jap husband aku! Dia tanya balik, kalau taknak jalan pakai kaki abis nak jalan pakai apa? Hadooo..lambat pick up betul laaa. Aku maksudkan aku tak mampu nak mengukur kota London nie pakai kaki..aku nak teksi! Haaaa..teksi! Dengar je perkataan teksi tu, di baginya aku pulak takzirah. Mahal laa, tak best la..Ok2, aku kan tak berapa biasa lagi dengan public transport ni. So bila dia suggest ambil hop on bus tu aku iye2 je. Yg penting kaki aku rest hari ni! Gambar bus kat atas tu bukan bus yang aku naik. Entah excited ka apa, aku lupa betul snap gambar bus yang aku naik tu. Hisssshhhh...Yang ni pun jadi laaaaaa... Banyak pilihan sebenarnya kalau nak buat sightseeing tour ni. Aku dengan husband sepakat ambil Big Bus Tours. Harga memang berbaloi dengan pengalaman yang kitaorang dapat! Tour ni tak perlukan guide sebab dalam bus itu sendiri semua tourist dibekalkan dengan earphone yang boleh disambungkan di setiap kerusi yang disediakan. So, sejarah berkaitan tempat2 yang kita akan pergi or tempat sepanjang perjalanan semuanya boleh didengari melalui earphone yang diberi tu. Aku memang like sangat2 la cara nie... >.<
 Aku cakap kat husband, aku jumpa King Arthur. Serius gila nak bagi tau. Husband tanya kat mana..aku dengan yakin tunjuk kuda ni dgn bossnya! Hahaha...Angkara Merlin!


Bangunan2 cantik yang aku sempat snap..tak mampu nak ambil gambar banyak2. Sejuk sgt2 kat deck atas hop on bus tu. Kejap2 aku turun deck bawah sebab tak tahan sejuk! Kat atas tu tak berbumbung & berdinding pun paras pinggang jer. Budak2 memang tak boleh la naik hop on bus tu. Angin kuat kang jadi batman melayang pulak! 


3 latest pic nie pulak kat Hyde Park. Aku memula taknak pergi, yelah aku tengok macam taman awam je. Jogging, jalan2, picnic, etc...merata2 aku tengok orang buat benda nie. So aku ingat macam kat Malaysia je. Alaaaa, common je.. Tapi husband cakap aku salah. Sini ada kegiatan ala2 public speaking. Bercakap2 la apa sahaja yang ko nak janji jangan sentuh Queen Elizabeth. Ko nak kritik kaw2 polis, army, menteri2 even PM pun tiada masalah yang penting hal Queen jangan sentuh. Sebab tu polis ada merata2 di situ. Bila dengar cerita husband, aku pun terus masuk park nie. Malangnya tergendala jap. C kawan sibuk bermaking friends dengan other tourist. Macam tour guide jer aku dengar explaination dia. Macam tunggul jer aku menunggu dia. Nasib baik aku nampak tupai.. Sempat lagi aku bagi makan tupai tu. Bising jugak tupai nie makan! Tetiba datang banyak pulak. Terus aku lari...tak mampu nak bagi makan semua. Patut la bising time makan rupanya panggil kawan dia semua! Da la aku bawa makanan sedap 'layer cake coconut flavour'. Hmmmm....
Bila masuk park tu, yaaaa...memang betul la apa yang husband aku cakap. Aku nampak banyak kumpulan2 kat situ. Rupanya tengah berspeech la tu..Tapi aku tak sempat nak dengar apa yang dorang perkatakan. Bukan rezeki... Read more about Hyde Park here. Interesting! Best gak baca sebelum pergi sana. 
Banyak sangat da aku tulis..tulis pasal kaki penat, sekarang tangan aku pula penat menaip. Hehe
*Jommmm, sambung kerja dulu! See yaa..

Jejalan sekitar London lagi...

 Besar gila London nie. Sebulan kat sini pun tak abis cover lagi. Papun meh kita cerita2 lg perjalanan aku hari ni. Gambar kat atas tu kat Covent Garden Market. Husband cakap boleh beli ole2 kat sini. Can get cheap katanya! Beria2 sampai aku pun excited nak pergi. Yelaaaa, London tak asing bagi dia so dia tau la tempat2 kat London nie. Tak sesat katanya selagi confident & rajin bertanya. Aku iye2 je la..maklumlah 1st time! Sekali sampai sini, ole2 yang aku dok fikir dari hotel satu pun aku tak jumpa. Muka tu da start ketat dah! Yang aku nampak orang2 yang buat show di jalanan tu jer yang berlambak. Walaupun muka ketat tapi tak dinafikan aku memang terhibur jugak la.. Macam2 gaya aku nampak. Hehehe.
 Yang ni pulak kat Trafalgar Square. Aku beria2 nak pergi sini sebab nak main2 dengan pigeon yang berlambak terbang2 tu. Alaaaa, macam dalam movie Home Alone tuuu.. Malangnya niat tak kesampaian! Ramai sangat orang! Nasib baik jumpa band boy nie, ala2 The Beatles gitu! Aku tercegat tak gerak2 kat depan dorang nie. Teruja ai! Hahah..hensem gitu! Kalau kat sini (Msia) confirm famous meletup2 macam pop corn gitu. Haiiiii, nasib baik iman kuat kalau tak, nak jer aku berdiri tercegat kat situ sampai performance dorang abissss.. Hahaha! 
 Time nie ada event CNY kat sini. So sibuk la abg2 matsalleh tu agih2 'hadiah'. Tapi khas utk orang chinese jer. Kalau muka ko terang2 muka matsalleh or lain drpd tu, jangan harap la dapat. Hulur tangan depan batang hidung dia pun, jangan harap kena bagi. Hahaha. Tapi aku yang just lalu depan dia dihulurnya pulak! Eeee, muka aku chinese look ker? Kembang lubang hidung japppp.. cepat2 suruh husband snap gambar. Malangnya dengan coffee starbuck di tangan. Lupa nak tayang gift yang diberi tu. Tapi yang sandi tu, aku tak tau da mana aku letak hadiah tu. Aku nie pelupa sikit..bukan sikit tapi banyak! Tak merasa la aku dgn pemberian abg matsalleh sempena CNY kat London. Huhu. Sini banyak booth so beli la ole2 yang berkenaan. Ada jugak la aku beli sikit2 walaupun rambang mata nak memilih!

Dekat London Waterloo Station. Orang memang ramai giler aaa. Tapi aku tak peduli, berhenti & berdiri tegak2 kat tengah2 pastu hulur camera kat husband! Tergendala perjalanan jap. Snap sini sana dlu..Ok done! 
Kita sambung pulak nanti. Banyak ni aku nak share2. One by one kita share. Kalau sekali cam best pulak. Pastu entry panjang berjela2..bukan tangan jer yang penat menaip, mata yang membaca pun penat! Kelas ai, memahami gitu....

*See ya! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.