Tuesday 19 February 2013

Miri-Marudi-Bario (Part 2)

Am coming! Huhhh, baru muncul.. Awal2 bulan macam ni memang aku busy sikit. Asyik fly ke sana sini je, almaklumlah kampung jauh. Kalau ambil jalan darat alamatnya tak sampai la ke kampung, jalan laut belum tentu sampai dalam tahun 2013 ni. Kot2 tahun depan baru sampai. So pendek cerita aku menerbangkan diri ja. Haa, ko ada? Ok2, aku nak continue sebenarnya cerita holiday aku tempoh hari. Belum siap cerita yang ni, aku da habis 2nd holiday aku. Patutnya aku kena cerita habis 1st holiday dulu baru p 2nd holiday. Takpe la, kita slowly bercerita pasal holiday2 ni. Mood aku tahun ni, nak g holiday je! 
25/1/2013 (Friday)- Awal2 buta kitaorg berdua da terpacak kat Miri airport. Nak catch up time open counter. By 7am, ding dong kaunter MasWing buka. So kitaorg pun beratur. Ramai gak org. FYI, tiket kitaorg ke Bario adalah standby. Bayar 10% daripada harga asal. Hanya staff MAS sahaja boleh berbuat demikian. Aku kira ni adalah small mistake yang telah menghuru harakan holiday aku kali ni. Haha. Ditambah dengan aircraft yang kecil (Twin Otter-19seats only) di mana tak ikut jumlah seats tetapi berat. Twin Otter ni boleh menampung 5000kg sahaja dalam satu2 masa. More than that even kalau kmu ada confirm ticket pun tapi lambat check in kemungkinan besar tak dapat fly. Lebih2 lg kalau penumpang lain yang terdahulu check in besar2 or berat2 atau barang2 terlalu banyak or berat, memang no hope la! So dengan penuh kesabaran kitaorang menunggu dengan harapan da orang tidak turn up. Boleh la replace seat. Hehe, boleh tahan cruel juga otak kami. 
2jam berlalu. Announcement kata flight ke Bario penuh. Aku masih boleh senyum2 lagi, xde stress sgt. We told d lady that we want to try our luck on 2nd flight to Bario at 1145am. Dia senyum2 je tapi dia kata dia x gerenti dapat ke tak. Its okay, kitaorg fikir positif je! Aku tengok makin ramai pula yang datang check in. Waa, berpeluh aku tengok! Macam xde harapan. Husband aku tengok steady je tp aku tau dia pun macam aku juga. Risau! By 11am apa yang kami takuti memang terjadi. Xde seat! Mahu x mahu kena stay 1more night kat Miri. Esok kitaorg decided nak try lagi. Bersemangat sungguh nak ke Bario!
T/hari tu terkejut beruk staff hotel bila nampak kami nak check in balik. Teringat experience smlm aku dgn cepat asked them to put us di tingkat lain. Laju je aku mengomplen pasal smlm. Akhirnya kami dapat bilik yang sedikit besar dengan kedudukan yang lebih baik. Malam tu aku tidur mati. Siap bermimpi pasal Bario :)
2nd day holiday selesai sudah.. Aku tak larat ambil pic hari ni! 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.