Thursday 16 May 2013

~My Mom

Happy Mothers's day kepada semua yang bergelar ibu yg jatuh pada 12/5/2013. Rasanya tak lambat lg kot nak wish2 ni. Baru msk 5 hari lewat pun, xde la lewat sgt. Bole dimaafkan lg. Huhu
Disebabkan aku da start wish 'Hari Ibu' ni maka cerita aku hari ni pun tentunya pasal ibu. Wanita yang dipanggil dengan banyak panggilan. Cthnya ibu, mama, mummy, ina, idi, ummi, mak..what else? Ada lg ke yg aku tak sebut lg? 
Sebut pasal kaum ibu ni, sedih jg aku bila terbaca kisah anak2 yg hantar parents ke rumah jagaan org tua. Mcm2 versi cerita aku baca, gerun ai! Jenis apakah manusia mcm ni? Jenis org mcm ni ngam dgn peribahasa 'kecil2 tak nak mampus, bila besar menyusahkan'. Time kecil2 sikit2 mak nak ni, mak nak tu..mak aku nk berak, mak aku nak tukar baju.. mak,mak,mak.... Tapi bila da pandai urus diri sendiri, boleh cari duit sendiri senang2 je angkut parents yg da tua ke pusat jagaan rumah org tua. Amboii, bkn main sedap attitude engkau! Bak sini aku lempang.. Huahaha, jugdemental di hari jumaat yg indah! Haha
Aku bukannya anak yg bgs sgt pun tp at least aku cukup menghargai mama. Seboleh2nya semua yg dia nak aku nak tunaikan. Tapi masalahnya mama aku ni bukan jenis peminta. Nak dengar dia ckp 'ta, mama perlukan duit. Mama nak benda ni, mama nak yg tu pula..' Sorry aku tak pernah dgr lg mama aku ckp mcm tu. Selagi dia boleh dia sendiri akan usahakan utk mendapatkan apa yg dia nak. Tapi mama takde keinginan yang tinggi. Cukupla ada rumah, mkn pakai cukup (tak perlu berlebihan) and plg penting anak2 bahagia dan berjaya. Betapa sederhananya permintaan mama. 
Disebalik kesederhanaan mama, bagi aku dia adalah antara wanita yg paling mengagumkan. Sabar, setia, kuat semangat, kental, berani, tabah, rajin...yess, suma dia ada! Kehilangan suami dikala umur 30an tidak mematahkan semangat mama. Apatah lg ditinggalkan dgn anak2 yg masih terlalu kecil. Malah dia bangkit dan menjalankan tugas/peranan sbg ibubapa kepada kami 4(3) beradik dgn cukup baik! Kehidupan cukup sederhana tapi kami hidup cukup bahagia, tiada perasaan kekurangan kasih sayang. Kami adik beradik menjadi saksi keperitan hidup mama semasa membesarkan kami. Mencari nafkah, mengurus anak2, makan pakai, duit sekolah, dll..sumanya terletak di bahu mama seorang. Syukur jg sebab mama dikurniakan anak2 yg memahami. Tidak meminta malah belajar untuk bertanggungjawab terhadap adik beradik yg lain. 
Menjadi anak ternakal di antara adik beradik menjadi 1 kenangan termanis dalam keluarga. Kenakalan yang diakui oleh seluruh keluarga. Eee, aku nakal ke? Hahaha. 
Left side, my gorgeous mum!
Hari ini, kami 3 beradik mampu membuat mama tersenyum. Anak2nya walaupun tak bertaraf jutawan or mempunyai pekerjaan yg hebat2  tp at least kami mempunyai kehidupan yg lebih baik. Anak2 yang bertanggungjawab, sentiasa bersedia utk menjaga dia dan sanggup melakukan apa shj utk dia. Yes, anything!
With family on my engagement's day 10.10.2010. 
To my mama: 
You are the best friend and best mother ever. Mama you are the serious gift to me. I always pray to God for your long live, stay healthy, may I always feel your warm touch. Love you mama more than my life. HAPPY MOTHER’S DAY!
God bless all mothers in the world!

*mood tak sabar jadi ibu pula..





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.