Sunday 26 August 2012

~Old Story

Hmmmm..kali ni ai nak cerita tentang cita2 pla. Apa cita2 korang time kecik2 dulu? Takan xda kot? Tembirang betul la kalu korang kata xda.. Ai? Hmmmmm, ai byk sgt2 cita2 time kecik2 dulu. Memula nak jadi saintis. Ewaaa..., padahal tak tau pn apa keja saintis tuu. Yang ai tau saintis tuu kena pakai baju putih, buat eksperimen kat lab..haaa, tu ja u alls! Ntah buat eksperimen apa pun ai tak sure. Cuma yang ai tau, hmmm..mcm best! Hahaha

Lepas tuu, ai ubah cita2 ai pla kepada 'Cikgu'. Saintis ai tinggalkan jauh2..Dasar!! So, ai keep thinking ai nak jadi cikgu la! Ai nak mengajar budak2.. Lps tuu orang buli call ai 'cikgu.' Hmmmm, bunyi mcm best! Kebetulan ai ni suka bercakap kat depan! Ai suka bercakap, ai suka kalu org dengar pa yang ai cakap! Tapi ai pantang kalu orang sibuk bercakap di belakang kalu ai tgh busy bercakap kat depan! Ai nak korang dengar & tgk ai masa ai tengah berceramah kat depan..Hahaha, dasar Hitler! Kalu tak, ai buli hilang mood. Muka jadi 10sen & mulut akan jadi macam itik! Eeee, suka korang yeee...

Hmmmm, cikgu jadi impian selama berabad2. Cikgu, yaaa..ko mesti jd cikgu bila besar nanti! So time tunggu result SPM, ai jd cikgu Tadika. Woooo, ai tercabar! Ai kna mengajar budak2 4 & 5 tahun. Mak aiii! I am under pressure..betul! Bukan ai yang mengajar tapi budak2 tu pula yang mengajar ai. Daaa tuu, tak buli main tinggi2 suara! Kang segelombolan parents drg datang...haa,siap kau! Yelah, kita kena faham. Budak2 ni jujur. Sampai rumah sibuk bagitau parents pa yang drg belajar. So ai tahan sabar 5hari seminggu.. Ai tabahkan hati, keraskan tai menghadap budak2 tu. Disuruh menulis, 4,5 patah perkataan ja budak2 tuu da sibuk nak ai tolong tuliskan untuk drg. Belum pandai ABC, da sibuk suruh kitaorang ajar benda lain. Alasan BOSAN kunun. Bertuah punya budak! Bila menulis, tekan terlampau kuat sampai pensel patah. Lps tu, buku koyak smpai 3,4 helai disebabkan tekanan masa menulis tu. Tu belum masuk bab bergaduh. Nak pitam ai..pening! Berpeluh2 juga leraikan budak2 bergadu tuu. Haiiii...sabar ja la!

Nak dijadikan cerita, 1 hari ni time rehat ai saja2 bercerita dengan budak2 ni. Ai cakap kat drg yang ai nak tau cita2 drg bila besar nanti. Haaa, suma berebut2 nak bagi tau sampai da yang tarik2 tangan ai. Ai jadi pening, tak tau nak dengar yang mana 1 dulu. Suma angkat tangan, semangat btl! So ai suruh drg turunkan tangan & panggil nama satu2. Nasib suma ikut arahan. Kalau tak, nasib kau la! Waaa, buli tahan cita2 budak2 ni. Da yang nak jadi guru, doktor, polis...yang 3 ni memang famous la! Tapi da juga antara budak2 ni nak jadi tukang masak...hmmm, not bad! Yalaaa, sapa cakap tukang masak tak boleh berjaya? Sekarang ni da berlambak chef2 yang berjaya dan terkenal..Contoh terdekat, Chef Wan! Satu planet ni kenal Chef Wan. Kalau korang  tak kenal memang hairan bin ajaib la! So dalam hati ai..buli tahan jga budak2 ni! Ai bangga! Tiba2 da sorang budak girl menyampuk yang tinggal dia lagi yang ai belum tanya! Eeee..ye ker? Sorry2..cikgu da rabun agaknya! So takut budak girl ni merajuk, ai tanya dia la. Tiba2 'cikgu, saya mo jadi penagih dadah'.. Opppsss! Ai terus terduduk.. terkejut badak! Ai tengok muka budak girl ni dalam2. Dia jujur, bangga pn ada! Hmmm, kompom dia tak tau pa yang dia cakap ni! Aku tgk budak2 lain, suma diam & serius! Langsung tak ketawa. Kalu drg tau pa tu 'penagih dadah' kompom drg ketawa kan..biasa la budak2. Tapi ni langsung tak menanya.. hmmm, kompom tak tau! So, ai dengan penuh diplomasi menerangkan budak2 ni tentang cita2 dorang. Sekali dengan penerangan simple tapi padat mengenai cita2 'penagih dadah' tu. Tak guna juga ko berceramah panjang lebar bagai nak rak.. kita kena faham audiens kita kategori mana. Kalau yang da besar panjang dan boleh berfikir tu boleh la kau melalak menceramah sampai puas. Tapi budak2 4-6 tahun kita kena guna pendekatan berbeza. So nasib baik la budak2 ni boleh terima pa yang ai cakap.. Penuh kyusuk mendengar pa yang ai cakap! 

Kalau ai, ai da pitam tengok karenah budak2 ni. Haha

Bila ai dapat result SPM, ai resign kat situ. Bukan tak suka tapi ai nak sambung study. Tanpa ai sedari cita2 nak jadi cikgu pelan2 terkubur dalam hati ai. Ai rasa ai tak boleh jadi cikgu, ai tak cukup sabar! Tapi ai masih suka dengan kerja yang boleh membuatkan ai bercakap di depan. Waaaa...selepas ai keja dengan tourism tiba2 ai jatuh hati pula dgn keja Tour Guide! Mcm best... Macam2 ja cita2 ai ni, tak tentu2! Hahaha

Gd morning ladies & gentlemen. My name is bla bla.. Our land pilot is bla bla...

Haaa, lebih kurang macam ni la. Ai pernah melalui pengalaman menjadi tour guide terjun. Best sangat! Lagi kalau dapat guest yang sporting. Memang enjoy. Tak rugi hidup! Ooo ai rindu...

Selepas ai join gov, ai tak da peluang untuk meneruskan cita2 ai ni. Tapi ai tetap ada perancangan lain. Selagi ada peluang, pilihan sentiasa ada di tangan kita. Terpulang bagi kita macam mana nak atur hidup. Jangan silap atur sudah! 

Have a wonderful day ahead....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.